Kejayaan Sekolah Kepimpinan Isakhar (SKI) banyak bergantung kepada kakitangan yang melayani dengan setia sepanjang perjalanan sekolah ini. Pengalaman pembelajaran dan perkembangan rohani yang paling berkesan berlaku apabila pementoran (mentoring) secara peribadi dilakukan.
Sehubungan dengan itu, kami sedang mencari lebih ramai sukarelawan dewasa untuk melayani sebagai mentor, yang juga akan berperanan sebagai staf SKI, bagi menyertai perjalanan rohani bersama para pelajar sepanjang tempoh sekolah ini.
Kriteria-kriteria seorang mentor yang kami cari ialah:
Seorang Kristian yang sudah dibaptis
Berumur 25 tahun ke atas
Mempunyai beban dan kasih untuk orang muda
Mendapat rekomendasi daripada pastor atau pemimpin gereja
Mempunyai pengalaman dalam pelayanan
Boleh diajar & tunduk kepada pihak berwenang
Mempunyai dasar yang kuat dalam firman Tuhan dan doa
Ramah dan sanggup berkorban masa untuk anak didiknya