SKI disasarkan kepada pelajar yang telah menamatkan Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 dan sedang menunggu keputusan peperiksaan, atau pelajar kolej yang sedang bercuti semester. Program ini terbuka kepada mereka yang memiliki ciri-ciri berikut:
Berumur antara 17 hingga 21 tahun
Seorang Kristian yang telah lahir baru
Merupakan jemaat aktif dalam sebuah gereja
Tunduk kepada kepimpinan (pemimpin rohani, staf atau mentor SKI)
Mempunyai hati yang boleh diajar dan terbuka untuk ditegur
Serius dalam mencari Tuhan dan bertumbuh dalam iman
Bersedia untuk terlibat sepenuhnya dalam kehidupan dan pelayanan komuniti
Disokong dan disahkan oleh pemimpin gereja dalam permohonan
Komitmen Penyertaan
Peserta wajib mengikuti keseluruhan kursus SKI selama 5.5 minggu.
Hanya pengecualian khas akan dipertimbangkan untuk situasi seperti kecemasan keluarga atau temuduga biasiswa/kemasukan ke institusi pendidikan.
Peserta diharapkan untuk mengekalkan disiplin rohani dan terus bertumbuh pasca-SKI.
Sila lengkapkan dan serahkan semua borang permohonan pelajar SKI (Borang A, B, C dan D) melalui salah satu daripada tiga cara berikut:
[Disyorkan] Lengkapkan borang secara atas talian melalui Google Form. (Klik Google Form atau Gambar Borang di bawah)
Muat turun borang dalam format PDF atau Word, isi secara digital dan e-melkan borang lengkap ke: issachar2021@gmail.com
Muat turun dan cetak borang, isi secara bertulis, imbas/ambil gambar borang yang telah lengkap, dan hantar melalui e-mel: issachar2021@gmail.com
⚠️ Perhatian: Penyerahan borang tidak bermaksud permohonan anda telah diluluskan. Jawatankuasa SKI akan menyemak semua permohonan yang diterima dan akan menghubungi pemohon melalui e-mel atau WhatsApp untuk memaklumkan status permohonan.